Sunday, December 18, 2011

Typical English Town.. TET!


Nak lari dari London, nak pergi another town yang lebih English style.
Bila Ili book kan ticket pergi Canterbury, saya macam, wowww...tak sabar.
Nak tengok kambeng!
Jadi atas bas nak pergi Kent tu memang terbeliak la bijik mata, tahan tak nak tidur.
Sebab nak tengok pemandangan.
Nampak lah pokok-pokok epal, tersusun elok je. Daunnya takda. Botak.
Lepas tu nampak pulak pokok-pokok kecik atas tanah, pun sama botak. (Strawberry kot)
Daun habis gugur semua.
Sampai je small town Canterbury, lagi lah melonjak.
Sungguh lain daripada London yang berterabur tu.








Whistable

Kononnya, rindu kat laut. Cakap dengan kawan kat Canterbury,
"Ili..dah dekat dengan laut kan tempat kau? Pergi laut jom."
Ternganga jugak lah si Ili. Yelah, mana lah orang pergi laut time winter.
Tapi tak tahan rasanya nak menanggung rindu kat laut.
Bak kata Faridun, "Yelah dah kulit biawak...."
Hehe. Kulit biawak pun biawak lah.

Iqa kata, "Sejuuukkkkk..."

Padan muka.

Tuesday, November 29, 2011

Yo, career girl!

Makin lama kat sini, makin banyak otak ni berfikir tentang apa yang patut dilakukan dalam hidup.
Hal-hal yang dulu susah sekali nak mendapat tempat dalam kepala.
Takdalah dapat perhatian sangat.
Career.
Apa sebenarnya yang nak dicarik?
Apa sebenarnya yang nak jadik ni, Iqa?
Kena la serius. * Yeah, mungkin ni sebabnya Iqa sambung belajar.
Tak pasti nak buat apa. Lah.
Sekarang ni, Alhamdulillah, dah nampak sikit jalan Tuhan beri.
I think you know that's what you are passionate for when you can talk for hours about it.
Kalau dulu Bioinformatics, sepatah haram la susah nak borak pasal tu.
Kalau orang tanya je, I would go, "Well...we use computer skills to analyze biological data."
Yadaa Iqa, yada, yada, yada.
Punyalah takda idea nak jadi apa bila dah grad, siap Onn and Iqa cadang nak bukak
kilang kek batik. Bolehlah.... Impian jadi realiti, Onn, insyaALLAH one day!

Macam mana pulak dengan awak yang ada passion for baju dan kasut, dan boleh borak pasal baju dan kasut berjam-jam.
Boleh je awak nak masuk fashion industry. Tadehal. Itu passion awak.


Lebih-lebih lagi selepas kejadian hari itu, tiba-tiba terdorong nak get busy.
Get the right career.
No. Just get a career. It doesn't have to the right one for now.
Kadang-kadang kan, mak bapak bising sebab kita asik tukar-tukar kerja macam tukar spender.
Tapi kata speaker haritu,
"It doesn't matter if we are always changing jobs before settling down to what we really want to do. I was a swim instructor before. Then I studied engineering. Now, I'm a health analyst. It's the experience to explore different fields that matters."
Beautiful.

Iqa pun ingat, lepas belajar ni nak kerja kat South Africa sat, India sat, Russia sat.
Tengok lah, kalau ada peluang nak join HIV research sana. Health services or anything in common. Kalau ada rezekilah.

Hidup masih muda. Go explore. Never regret weh.


Saturday, November 19, 2011

Nottingham



Nottingham was freaking cold, I felt every single teeth clattering.
Scenery was beautiful, but the heart was breaking.
Wish I could take back my words, and rewind everything,
Should have enjoyed my time at Notts game, not spending most of my time missing.



Shiver

So I look in your direction,
But you pay me no attention, do you?
I know you don't listen to me.
'cause you say you see straight through me, don't you?

Don't you Shiver?
Shiver
Sing it loud and clear

I'll always be waiting for you,
So you know how much I need you,
But you never even see me, do you?
And is this my final chance of getting you?

Shiver, Coldplay

Sunday, October 23, 2011

Hi..Nama saya Iqa.

Haiya, ini budak sangat poyo.


Nama: Iqa Mohd Salleh

Umur : 18

Hobi: Bermain gitar

Kejayaan: Compose songs dengan Chris Martin and Noel Gallagher


(Sila jangan percaya)

Uxbridge


Sitting on the train to Uxbridge on the Met line, as clear as the picture I've always had at the back of my mind; a picture of me staring outside a moving train, I could hardly believe I'm living the dream. What's so gorgeous about this place that I chose to leave behind the prettier place? The great scenery, the cold that bites my skin? That, I will find out.

Uxbridge, meeting some friends at Brunel I have, and getting my Bubble jacket which I bought from Farah Yunus before she left the UK. "Farah dah takde space nak bawak balik Malaysia baju-baju, so jual sikit."

Whoah. I guess she must have spent most of her time here shopping.

Class has been *beep* hectic. Which explains why I have not been updating this clumsy blog. I've been dreading not to go to Uxbridge, figured I should use the weekend to study. (Like what I've been doing the previous weekend). But on second thought, alang-alang dah menapak ke UK ni, baik lah langkah panjang lagi sikit. The guilt burns within miliseconds. Bwaha!

Ruislip Manor. Berbelit. How do we pronounce THAT? "Rice-lip Manor, " announced si Announcer train. Huh, kalau aku, Ru-is-lip aje.

As soon as I got out the station (Uxbridge), I stood in awe, gazing at the simplest town I've ever seen. Buildings located next to each other, in the most perfect order. I sooooooo wish I had chosen to go Brunel! Countryside with horses, cantik!


The Chimes, The Pavillions, Hayes, the mosque in the center of Hayes, houses with chimneys.
Sangat kampung. Sangat saya suka. Sangat tenang.



Dulu, kena buat dua pilihan; Brunel or LSHTM
Last-last pilih LSHTM
Sekarang nak rasa rugi pulak
Sebab life kat Uxbridge lagi tenang
Uxbride baru rasa macam student
Campus Uni besar macam UM
Central London serabut habis
Tapi takpelah
Nak buat macam mana
Dah masuk belajar dah pun
Tapi kan still boleh jalan-jalan Uxbridge weekend
Ok, happy balik *Smiles*





Saturday, October 8, 2011

Stand By Me

So what's the matter with you?
Sing me something new,
The cold and wind and rain don't know,
They only seem to come and go away.

Stand by me, nobody knows the way it's gonna be.

-Oasis.

Russel Square

Hari Jumaat, tiada kelas, keluar berlomo.
Oh sebelum tu teman roomate pegi Covent Garden, beli jam pertunangan kat Fossil.

Berlomo kat Russel Square, I'm telling you, the best place to take awesome Autumn pictures.
Happy. Indescribable. Hilang rindu.




My cheeks are cold from the Autumn breeze,
I smile despite the killing shiver,
The happy squirrels bring such warmth,
They fill me with joy..and love.

Iqa, what were you thinking?

Iqa,
What were you thinking as you happily let Syaitan led the way?

Chosen ones?

Kadang-kadang saya terfikir; Kenapa dalam ramai manusia, saya dibawa oleh Allah ke bumi England ni?
Untuk menjadi yang lebih baik atau sebaliknya?

Bila fikir balik, hidup kat Malaysia tu dah selesa sangat. Semua ada. Komunikasi senang.
Duit senang. Kemudahan tip-top. Selasa dalam comfort zone yang tak pernah bosan.
Jumaat lepas habis class @ kerja, pergi enjoy. Karaoke. Movie. Dan sebagainya.
Tak ada pengisian.

Bila sampai sini, saya jadi cultural shock. Bukan sebab selalu masuk pub, mabuk-mabuk.
Bukan sebab berchenta tak ingat, duduk kat park bebas buat apa je.
Tapi kat sini, saya kenal sembahyang berjemaah bersama-sama housemate yang semuanya
perempuan.
Terkejut dengan cultural student-student Malaysia kat sini.
When was the last time you solat berjemaah with a group of women?
Err, Matriks kot. The one and only time. Tu pun sebab aktiviti wajib.

Haritu diorang suruh saya jadi imam. Geleng.
Haritu diorang suruh saya iqamat. Geleng.
Malu.
Tadi diorang suruh saya jadi imam. Geleng.
Tadi diorang suruh saya iqamat. Baru lah first time dalam sejarah hidup saya iqamat.

Selama ni, buat apa-apa pun mesti nak amik yang sederhana. Yang paling ringan. Solat, asalkan buat, dah. Titik. Pastu pergi lagi cari hiburan dunia.

Hehe. Iqa, iqa.

Oh, belum cerita saya join Usrah setiap Jumaat malam. Mula-mula tu orang ajak, whylah nak duduk dengar, suka hati lah nak dengar ke tak, baik aku duduk dalam bilik, ish usrah lama nih baik aku study, apesal la nak poyo semacam, emm jangan paksa boleh?
Macam tu sekali ya masa mula-mula tu.

Tapi renung-renung balik, kenapa lah nak rasa macam tu kepada orang yang ajak kita buat baik?

Hish.

I might sound like an ustazah, I might sound freaking poyo, but this is what I actually feel inside.

Semoga kedatangan saya ke sini dapat mengubah saya jadi yang lebih baik esok hari, InsyaALLAH. :)



Saturday, October 1, 2011

There She Goes


This is me when I'm busy texting/BBMing/YMing/tweeting/facebooking.



Jangan dilupa, cuppa coffee di sebelah kanan.
This is so me.



Lelaki dalam Kelas

Ada dua lelaki yang saya suka dalam kelas.
Professionally la. Sila jangan salah anggap. Suka as in, respect.

Satu, Muhammed. Seorang Egyptian yang petah bercakap, fluent English nya, strong leadership skills, idea yang ditempiaskan bernas, supportive dan suka tersenyum. Suka encourage saya bercakap sebab dia tahu saya pemalu. Dan bila saya bercakap, dia akan bagi full attention (tak tahulah kan kot-kot apa saya cakap masuk telinga kiri dia pastu keluar telinga kanan dia balik ke apa), tapi at least he listens. Last-last saya vote dia jadi class rep.


And the other one is Andrew. Muka dia seriously, critically, earnestly, severely, sebijikly macam Shaheizy Sam the pelakon. Cuma versi Americano je, rambut perang-perang. Tak tipulah. Kenal dia masa sama-sama tengah sesat barat timur selatan nak cari Rose Room.

"Do you know how to get to Rose Room?"
"I have no idea but I'm heading there too. Jom carik-carik sama-sama."

Cheh boleh gitu.

Borak punya borak, last-last masuk subgroup yang sama. Kenapa saya suka dia? Sebab dia pun sama supportive macam Mohamed. Walaupun lah selaku note-taker yang sungguh tak berdedikasi, at the end of the discussion, dia boleh tepuk bahu saya (ergh, walaupun kurang nak gemar la cara ni) and said, "Good work with the note taking."
The smallest thing pun nak cakap macam tu. Kiranya, dia appreciate la effort saya tu.
Kan best semua orang sangat appreciative macam tu. Betul la kata Uncle Zack, Americans are friendlier.

Satu lagi kenapa saya suka si Andrew; dulu dia join Doctors Without Borders. Sangat Cool.
Satu lagi kenapa saya suka si Andrew ni; dia lone ranger macam saya. :)

Orientation

Dalam minggu orientasi, saya dapat rumuskan bahawa:

Being the only Malaysian sucks.
People talk too fast sucks too. -- Sebabnya, saya tak dapat nak tangkap.
People are too smart.
That sucks too. -- Sebabnya, saya ni kurang smart.
People are outspoken. -- Sebabnya, confident level saya paras buku lali.
Sucks.

Budak-budak Public Health kena pecah ikut group.
Setiap group ada course director yang pegang.
Pastu ada subgroup, pastu ada subgroup discussion.
Bila time discussion je cepat-cepat saya angkat tangan; "I'll be taking down notes."
Yelah kan, kononnya taknak jadi Speaker, taknak join Discussion, taknak sumbang Idea.
Kononnya lah kan.

Sekali, pap pap pap pap pap pap pap brumm brummm brumm peng peng peng...macam tak cukup nafas diorang berbual. SERENTAK pulak tu. Sepatah haram tak dapat nak tangkap.

Aku ni berlagak macam English tu first language je.
Berpeluh-peluh jugak lah nak jot down bende alah tu semua. PADAN.MUKA.LAH.KAN.

Passive nak mampus. Macam ada pasir bertimbun dalam tekak ni. Boleh kira berapa kali keluarkan suara time tu.

Pastu course director tanya; If you were stuck on a deserted island, name one thing you would bring.

Terus aku menguap. Apa punya soalan daa.. Maksudnya kita dah tahu kita nak stranded ke apa ni? Kalau dah stranded tu stranded je la... melainkan ada genie in a bottle yang boleh tanya apa kita nak.

Iqa was like: "Since I couldn't live without music, I'd probably bring my iPod and make sure I have every Coldplay song in it."

-_-

Bijak.

Kesimpulannya, saya benci group discussion because it makes me look like a dorky dork.



Bedford Square

Bila break je, angkat bag, tarik jacket, kaki tu laju je pergi Bedford Square.
Al-maklumlah, saya ni tiada kawan.
Maka, bila break ja takda hala tuju.
Bedford Square jugak yang tenang.

Minum coffee (bawak dari rumah, saving punya pasal), baca buku cerita, dengar iPod.

Tu sudah cukup menggembirakan. Relaxation.

Bench tempat saya selalu lepak;


Hari tu ada jugak cik Squirrel datang lepak sama. Rasa macam nak cium je.




Sunday, September 25, 2011

Pantun (la sangat) untuk Iqa

Buah cempedak diluar paga,
I really miss you, Iqa. ------ Tolong lah, where got Paga rhyme with Iqa.


2,3 kucing berlari,
Kena pandai jaga diri. ----- Acceptable. √


Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi iqa ku kenang juga,
Terima kasih dan muah-muuuahh! ------- Ok ini pelik.

This Heart

My heart is as dark as the soil sodden with winter rains -

Saturday, September 24, 2011

Sunsets With You (Lomo)


Let me tell you the story of a girl who is now getting good at using her Diana Mini Jiyu.









Siapakah girl itu; okay ini:


Damn proud of myself. Hah!

Mile End

Mile End. It sounds like Dead End.
But there is where I am, happy or no.

Kau yang mintak, so hadaplah.

Tak menyesal. Sedetik pun tidak. Kalau menyesal, memang meraung tak ingat.
Cuma, kena cekal la sikit hati tu. Jangan nak memberontak banyak sangat.

Ni kan pengorbanan untuk Malaysia.

Sabar, Allah bersama orang-orang yang bersabar.

Pergi class pagi-pagi, melangkah lalu tepi park. Ke bus stop Mile End.
Balik class petang-petang, naik tube. Stop kat station Mile End.
Lalu tepi park lagi, lalu Canal yang macam caca merba, air colour hijau.
Sampai lah ke rumah.

Alone. I'm a lone ranger. A successful one. :)

London School of Hygiene and Tropical Medicine


This is LSHTM. This is where I am going to be for another one year.


I sure as hell look happy and gay,
But deep inside you wouldn't have guessed,
So, keep your opinions aside,
Just see where this is going to lead.

InsyaAllah.

Saturday, September 17, 2011

Sepucuk surat dari London

Alhamdulillah, day 2 at London.

Semalam sampai London aje, terus capai laptop, online, and wrote.

21 hours ago
Iqa NurAfiqah
  • Assalamualaikum rakan-rakan, para sahabat yang Gorgeous..

    Ye, aku dah selamat tiba di London. sekarang kat rumah cousin aku, jam menunjukkan pukul 1.37 pagi, tolak 7 jam ke belakang dari waktu malaysia. hailaaa, aku tabley tido cause anak cousin aku (Rayyan) tengah main game kat katil atas (oh, katil double decker) and dia siap goncang2 kan katil, aku tabley tdo oy!!

    Oh, Rayyan tabley ckp Melayu, so, bo-ring. -_- British accent dia pekat, aku terkial-kial nak paham.

    Thank you rakan-rakan sebab hantar aku kat airport walaupun tak dapat nak spend time lebih sikit, sangat la kelam kabut tadi...kesian Pqa, Azra n Didi sebab aku lagi la tak dapat nak lepak lame. Thank you untuk hadiah2 yang sgt melucukan hati. Asam tuh la aku tak ley tahan....haha. sib baik ada space dlm handbag aku.. (memang aku saje tinggalkan space sbb aku taw org akan kasi aku hadiah..haha, perasan overdose)

    Tadi masa aku naik escalator aku carik korang tp tak bape nampak..pastu aku nampak yg paling besar pakai baju putih, bercap, si SM. pastu aku lambai je la...sekali, ramai gila yang lambai balik (korang). haha, aku sgt terharu..rasa mcm artis dah aku..thanks la bg aku peluang rasa macam artis. Ngee...

    Oh cakap pasal artis, cube teka tadi aku satu flight ngan artis mana...haha...terkujat aku nampak dia. bertubuh genit, berambut karat. Ok, aku bagi clue; "Rindu nan membara, menyala dan membelai jiwaaaaa." Ok dia.

    Tadi masa org kapal terbang tu ckp dah sampai sini, aku boley tergelak kuat dalam plane, "whatdehell am I thinking?" aku dah tak leh nak ckp apa...aku yang buat keputusan mcm ni...susah senang aku yang kena tanggung sendiri. haila, afiqah, nak sgt, amikkau.

    Ok, sejuk.14 darjah celcius kot kt luar tu. Ouch. Rayyan memijak kaki aku sambil nak turun dari katil dia amik game dia yang lain as aku tgh type ni. aku ada cakap tak dia tgh berlenggeng tak pakai baju ni? hebat..

    Ok, sambung cite. Aku mcm taknak je masuk rumah yg aku menyewa tu... tak taw la aku, aku boleh ngam ke tak...boleh ke tak boleh aku nak masuk...aku taktaw aku nak kwn yg jenis yang mcm mane...tapi yg aku taw, kat sini aku takkan jumpa kawan2 yang:

    a) yang aku boleh BBM non stop, yang bersuare sedap masa karok, yang taw sume lagu rock kapak, yang boley terime emosi aku, yang nangis masa aku pegi tadi HAHA - Nanu

    b) yang berjaga malam belajar sama-sama, yang melawan degil bila aku ckp, "ei baju tu sumpah burok." tapi berkeras nak beli gak, yang ade taik lalat kat dahi (aku rase tade sape kt london ni ade dahi lalat kat tengah2 alam mcm tu) - Azi

    c) yang kisah cinta dia sumpah paling tragis, yang paling lembap bersiap, yang aku rase tak penah cabut contact lens, yang confident nak mati, yang MANJA auww, abanggggg... - azra

    d) yang paling kuat kene bahan ngan aku, yang paling boleh harap nak kejut aku ajak aku makan, yang paling kuat nangis, yang kawin muda, yang boleh faham emosi aku, i see you di pokok tanjung eh didi?bwahaha - didi

    e) oh yang TAK PERNAH COUPLE (hahaha, mana aku nak jmpe manusia mcm ni lagi hehehe), yang jumpa laki menangis, yang ketawa tak hengat, yang suke peluk bear bile tdo n bile aku torture bear dia, dia marah - pqa

    f) yang kaki shopping, yang aku selalu gadoh mase kat UM (hahahaha...skrg dah 0-0), yang selalu sign utk aku kat class, yang janji nak bukak kilang kek lapis ngan aku satu hari nanti, hahaaa - onn

    g) org lain ade tak kwn yang dah pernah camping kat kutub utara? haaa...aku ade...haha....yang spontan nak mampos, yang buat kelaka tak hengat, yang kaji kulat (mane dowh nak carik kwn yg kaji kulat kat sni haa), yang sama layan AXL (akulah kekasihmu)..oh paling penting, yg samo2 cakap nogori, kan.. -pca


    Irreplacable. tu je aku ley cakap. aku tak main-main ckp. sebab walaupun dah setahun grad, ngan korang gak aku selalu lepak.. klau kat ceria, biarpun ramai org, aku tetap Loner. kat sini, aku pun mesti mcm tu gak.


    Ok last point sbelum korg muntah bace karangan aku.

    Tadi, stewardess AirAsia cakap kat aku, "Eh, awak mcm Yuna."

    Aww...sikit punya bangga kan..

    Pastu aku bgtahu la kat mak aku apa stewardess tu ckp. pastu mak aku cakap, "Kalau Yuna tu cantik takpe jugak.."

    Pergh, potong stim.

    Pastu masa nak kuar dari plane, akak stewardess cakap, "Bye, Yuna!"

    Hehehe...oktuje. Okbye. :P

Monday, August 22, 2011

Sujudku Syukur

Kerana hari ini kita melihat sengsara orang yang lebih hebat.
Kerana dalam diri patut lahir syukur.

Sunday, July 31, 2011

3 Cases


Ah, masa ni macam ribut. Nak duduk depan Dashboard pun tak menyempat. One quick entry, I'll be quick and I'll make it simple.

Hari tu pegi penjara, ada 3 different cases yang buat saya terpana.

Kes 1

Participant pertama hari Khamis tu datang duduk depan saya dalam keadaan mengantuk dan bosan. Confirmlah. Mana ada orang duduk penjara tak bosan.

"No IC apa, Encik?" Saya senyum bagi suntik sikit semangat dia.

"760728- **- ****.." Senyum tak langsung.

"Eh? Birthday awak hari ni ke?" Saya terkejut bila dia sebut.

Dia buat muka pelik, seolah-olah saya ni gila.

Dah agak dah. Budak-budak ni kalau masuk penjara bukannya ingat hari. Lalu saya jelaskan kat dia yang hari ni adalah birthday dia.

Dia buat muka kena cultural shock. Muka terkejut habis. "Betul ke hari ni hari jadi saya, Cik?"

Sedih tak sedih dengar dia cakap macam tu. Saya angguk je. "Selamat Hari Jadi, Encik."

"Ya Allah.. terima kasih lah, Cik. Cik orang pertama yang ucap kat saya. Saya pun tak ingat hari ni hari jadi saya." Muka dia serious macam nak nangis.

Rumusannya? Dadah tuh dah makan sel otak dia sampai terlupa benda-benda macam tu. Kesian.

Kes 2

Participant entah ke berapa. Nama: Rajan (bukan nama sebenar).

"Agama awak apa, Rajan?"

"Islam. Nama saya Muhammad Ezra."

Alhamdulillah.

"Macam mana? Okay tak? Banyak dah belajar?" Saya curious.

"Dah, Cik."

"Boleh tak kalau saya nak dengar awak baca Al-Fatihah." Kalau boss tahu saya busybody, memang kena marah punya ni. Lari dari skop kerja.

Dan dengan separuh lancar, dia recite Al-Fatihah.....
Tiba-tiba hati disambat pilu. Walaupun dia baca merangkak-rangkak, walaupun budak umur 5 tahun lagi lancar, dia ada juga usaha nak habiskan bacaan. Indahnya Iman bertapak jika Allah kata kun fa ya kun.


Kes 3

Muka muda gila.

"No IC berapa?"

"90****-**-****".

Nganga. 90? "Mudaaaa gilaaaaa.." Laju saya sebut. Budak tu sengih je. Apa bikin tah kat dalam penjara ni.

"Hah, awak dah pangkat adik ni. Akak lagi tua. Tapi akak tak akak la, setahun je tua."

"Kakak lah tu." Dia meyakinkan. Buat diri ni terasa tua.

Yang paling best, tiba-tiba dia cakap macam ni. "Saya dah ada anak. Tapi luar nikah lah."

Lagi best bila cakap macam ni. "Umur dia 5 tahun."

Tepuk dahi. Umur 17 dah ada anak.

Sedihlah, pelajaran entah ke mana.

"Tapi, kak, lepas bebas nanti saya nak bukak kedai makan."

Semoga cita-cita kau makbul, saya doakan.





Thursday, June 16, 2011

Aira Sofea


Aira Sofea is the cutest baby in the whole wide world. Hugs.


Monday, June 13, 2011

When all you can do is Smile.

Picture taken by Mohamad Saufee Nazarudin.
Diana Mini Jiyu.

Abah and Mak, My Stars




Sekarang baru saya tahu kenapa Mak dan Abah tak pernah manjakan saya dengan kemewahan.
Umur 5 tahun, Barbie Doll ada satu saja. Itu pun takda baju. Terpaksa jahit sendiri.
"Kau kan anak last, kau boleh dapat anything."

Gelak. Untuk kanak-kanak lain, maybe yes. Tapi untuk diri saya, takkkkkkk.

Dua tiga minggu ni asyik nak bingung aje. Mana nak cekau at least RM100k?

Ada satu petang memang tak duduk diam. Risau gelabah. September nak dekat.
Financial tak kukuh. Mana nak cari duit nak pergi Brunel? Scholarship? Haih, dia nak Engineering aje. Public Health, tolak ke kiri. HIV, AIDS, TB, HEP C, HEP B tolak ke kanan.
Diskriminasi dan Stigma. Penagih bersepah, tergolek kat longkang sana sini. Support untuk treatment? Nak pergi jumpa Doctor, doctor pun lari tak cukup tanah. Orang semput-semput, nak mati dah tu, OK, ada duit? Takda? Balik. Dahla semput. Kena halau. Nak kena ada duit dulu baru rawat? Biar betul.

Bukan ke ada Doctors oath ke? Treat patients no matter what.

Ok Teremosi seketika.

Masa tengah gelabah, Abah relaks je makan apam. Aik? Sikit punya relaks?

"Abah, orang sikit punya cuak ni. Macam mana ye? Loan bank ke?"

"Apa nak cuak? Sikit punya hal. Abah kan ada duit. Apa guna kumpul banyak-banyak?"

Ngaa? "Cukup ke, Bah? Bukan macam apam, Bah."

Abah dan Mak cikgu je. Berapa sangat la diorang boleh dapat?

"Daripada Abah bagi selepuk duit kat korang (Kakak dan saya), daripada korang joli tak tentu arah, baik Abah gunakan duit tu ke jalan yang betul."

"Fees dan living expenses?"

Angguk. "Risau apa? Cukup, InsyaAllah."

Ternganga. Patutla Abah tak pernah nak kasi saya iPod, iPhone, DSLR, dolls Toys R Us, shopping beratus-ratus (pakai baju ala kadar saja), Barbie siap dengan Ken dan anak-anak Barbie dan Ken, mp3 player, stereo, kereta mewah, jangan nak tengok wayang sangat nanti membazir, jangan nak keluar merambu tak tentu pasal sebab keluar je nak kena guna duit, makan kat rumah je jangan nak makan luar banyak sangat dan sebagainya.

Rupanya Abah nak bagi saya hadiah yang lebih expensive daripada semua tu, lebih berbaloi daripada semua tu; sebuah education di luar negara yang saya tak caya Abah dan Mak mampu untuk bayar, sebab kan saya kata tadi, Abah dan Mak cikgu je.

Rupanya dari umur saya 1 tahun, Abah dan Mak dah menabung. Bukan untuk sesiapa. Untuk anak diorang juga.

Betapa air mata nak menitis.









Wednesday, May 25, 2011

Say a little prayer...


See their eyes, wide in fear, shedding a tear?
Packets of diseases strangling them,
Run they try, but to no avail.
We look at them with mighty disgust.
Leaving them to die.


"Rindu nan membara, menyala dan membelai jiwa, tiada berteman, sepinya berpanjangan"

One sang to me beautifully.


HELP THOSE WITH HIV. DO NOT DISCRIMINATE.







Tuesday, May 17, 2011

Quiz: What is the greatest thing about you?

You're loving

Whether its for your friends, family, or your crush, you always have plenty of love to spread around. People just cant help loving you back for your sweet personality. However, be careful and watch where you step, because you tend to fall hard and fast and you're a little too forgiving.


Sweet personality? Yes, I guess so. :) I tend to fall hard and fast, that is so true!

The Wind Has Blown....

...and the direction has changed.

From down under to up above..

4 months until September.

Will the sun still shine there?
Would it be sunnier?
No matter where I go, Allah's there. No worries.


أمة الله باهرة, InsyaAllah, for I believe Allah is there for me.

Quiz: Do you react over things?

You are a psychopathic over reactor

You get angry at the smallest things and you don't see it as over reacting. You yell and make scenes as well as embarrass and sometimes hurt the people you care about. You need to learn how to forgive and forget and ultimately learn how to let things go.


Hahaha, that explains.

Monday, May 16, 2011

First Lomo Camera

The most exciting thing in 2011 is the purchase of Diana Mini Jiyu, my first lomo camera ever. Thank you, Sofi for getting me one. I owe you a big fat kiss. :) It's antique, cool, pretty, cute, beautiful combined together in one piece. How could you say NO to this pretty one? How could you even resist it? How could you not blow kisses to her before going to sleep at night?


This is it. :)

Brief details about this cutie pie and what she can do :

1) It uses only 35mm film, which easy to get. (Black and White, colour negative and transpearency)

2) Shoots two different formats: Half-frame and square.

3) We have to set everything- The focus position, aperture switch- sunny or cloudy, short or long exposure. So this is when the thrill comes in. And also the challenges.

4) We can take multiple exposures- or what we call MX! This is so cool, I can hardly breathe while applying this.

5) It comes with a flash and also colour filters that can be used with the flash. Although I have yet to master this, I think this is my most favourite part of the camera. :)


Now, the big question remains: HOW GOOD ARE YOU IN LOMOGRAPHY?

Erm, no, Sir. I am never a real photographer before. I prefer to be IN the pictures rather than me taking pictures. So, yeah, I don't have much of the basic rules of taking pictures. But after some time, I saw what a lomo camera can do, I told myself that I absolutely want to learn how to do that. And I find myself gaping at lomo results. And I find myself telling my boyfriend that I want one. And I find myself doing research on lomo cameras. And I find myself with a Diana Mini Jiyu this day.... :)


And I find myself with this results:


Ena and the baby. Ena looks beautiful in this picture. Envy her.



The pineapple. I tried to do MX effect on this one with a Terung. But, hey, no terung! Ha-ha!



At the beach with Guru. Since the ISO for this film is 100, I think it works best on a very sunny day. Also, another MX effect.



This is definitely a coincidence, an accident. MX. Two frames combined. My favourite.


Out of 36 shots, only 8 came out quite okay. I love these Four. :)


Bak kata Zakwan Khalid, saya budak baru belajar.