Sunday, June 6, 2010

selepas setahun setengah....

June. Bulan terakhir yang Iqa janjikan entry baru adalah Januari. Setahun setengah berlalu, baru sekarang ada entry baru. Time flies like crazy. Nasib baik ada masa nak bernafas. Selama 6 bulan berperang dengan waktu, apa yang dah terjadi?


a) Iqa sekarang dah ada kereta baru. Book bulan dua, dapat bulan tiga. Kesian fishyku. Tuannya tak sempat nak cerita pasal dia dalam blog. Fishy tu Viva Elite berwarna biru tua. Meraung-raung nak kaler hitam, tapi maam tak kasi. Akur lah juga dengan permintaan ibu nak kaler biru tua. Or what they call as 'Midnight Blue'. Dah accident sudah pun kereta tu. Bukanlah accident besar-besaran, cuma terlanggar bahu jalan. Salah siapa? Salah tuannya yang terburu-buru dan bodoh. Malas nak cerita. Buat sakit hati je bila terkenangkan dua ratus ringgit yang melayang disebabkan kebodohan sendiri.


b) Iqa dah habis Thesis. Gembira bukan kepalang. Ulang-alik ke Dental, PPUM, minta bantuan Fakhrulisham Razali yang hebat pengaturcaraan. Akhirnya, buah terhasil. Result pun superb, syukur. Separuh gila siapkan semua tu.


c) Iqa tengah practical kat MARDI, di bawah label Pusat Penyelidikan Biotechnologi. Dah sebulan kat sini, malam-malam menumpang rumah Azrahani Abd Halim. Tiga minggu lagi habislah practical. Seronok. I mean, dah nak habis, not the job.


d) Iqa tengah menanti saat nak convo. Bulan August. Seronok. I mean, nak convo, bukannya sebab dah habis belajar. Get what I mean? Keseronokkan untuk memakain jubah convo dan berlari-lari di dewan DTC. Sedihnya, terpaksa angkat bag dari UM. -taknak!!-


Harap-harapnya, ni bukan entry terakhir. Haha.

No comments: