exam = prufung (in jerman), mimpi ngeri yang wujud dlm realiti kami, cume monster saje yg tertinggal di alam mimpi....
kawan-kawan yang semua nya budak-budak kimia, di sebalik kekalutan, masih mampu duduk dengan penuh gaya di atas kerusi masing-masing..
DIDI, roomateku sayang-- berbaju tido cookie monster, focus di atas kerusi nya yang bersarang labah (akibat dah lame x duduk)...terbit rase kagumku melihat ketekunannya sbg siswi...takut kulihat kerajinannya, kerana aku sendiri tidak segagah dia. badan yang kecil, dan juga ketinggian yang renek, tidak bererti semangat belajarnya tipis... ayuh, didi!
SYIRA , teman bilik lamaku-- demam, melepak, suhu tinggi, tiada selera makan.. ntah apa yang dilakukan di rumah sedang kami berlumba2 study di kolej. namun, ku letakkan seluruh kepercayaan yang dia juga berlumba dari jauh. bila dah balik kolej pun tidak tentu dapat lihat sendiri dengan mata mcm mana dia belajar. sobb sobb....sbb nya, syira duduk kat floor lain...huwaaaaa! sayu menambat!
PQA,temanku yang sama-sama denganku mencintai novel -- dia bergaya dengan kereta saga barunya, belajar dlm tu, tidur dlm tu, seolah-olah sebuah caravan...haha. aku bergurau saja. dia steady dengan ilmu2 yang sudah pon dicatitkan ke dlm otak nya yang gebu, sarat dengan fantasia si 'adamaya'....hari2 berbaju pink, warna temanya minggu ni, dtg ke bilikku pura-pura kosong dengan ilmu....chitpoodah! dan, yang paling penting, RAMBUT nye yang lurus kekal lurus di saat2 kusut masai mcm ni....
LINDA NANUWIL, gadis duetku sewaktu menyanyi, saat jiwa masing-masing kepinginkan hiburan dari pelbagai dimensi -- kdg2 dia tidor, smbil memeluk bear nya. nota kimia terselit di antare jemari yang gemalai.. kdg2 die juga sperti azra, belajar tanpa henti...nmpk saja dia kurus, tapi otak nya besar.... begitu juga telinganya, jika dibandingkan dengan telingaku...hehe. otak nya mampu menampung daya ingatan yang hebat... sebutkan nombor telefon nenekmu,pasti dia hafal... no IC semua teman-temanmu, juga die mampu hafal....haaihhh....
LINDA ONN, teman satu kursusku-- die tekun di saat akhir. enough said. =)
AKU ; --- masih tekun menitip kata di blog sendiri....
dan kepada semua rakan2 yang lain,
kpd yang pening kepala;
kpd yang nak hentak kepala;
kpd yang naik kepala;
kpd yang dah pecah kepala;
dan kpd semua kepala yang membaca blog ini;
anda belajar lah rajin2 spt teman2 ku yang indah... semoga sukses!!
us = KAMI, kami meniarap, berbaring, berlari, merangkak untuk menangkap ilmu ...
semata-mata menggapai kejayaan untuk exam-us-nation....berdoalah kami agar terjadi!
2 comments:
yak alaaaaaaaaaa
gamba aku ngah btolkan suar!!
bengong la ko ni!
Post a Comment