Wednesday, June 11, 2008

Bahasa Jiwa Bangsa

bahasa jiwa bangsa.... ya, mmg betul ungkapan itu...saya syg bahasa kita, saya tak pernah marah kalau bahasa penjajah dijadikan medium dlm pelajaran masa sekrang... sebab saya sedar bahasa inggeris kini sudah menjadi lingua franca dalam mendapatkan ilmu di merata dunia.... kalau dulu bahasa melayu dijadikan lingua franca semasa zaman kegemilangan melaka, tetapi sekarang sudah terbalik. bahasa inggeris pula yang dijadikan lingua franca untuk kita mencari ilmu...jadi, hendak atau tidak, kita kena ikut dengan arus zaman.... apakah kita tidak malu dikatakan undur ke belakang?

Benar kata pujangga, rosak bahasa, rosaklah bangsa.... memang betul.... tetapi saya tidak boleh terima klau bahasa kita sahaja yang kuat, bangsa pula binasa dan undur ke belakang dek kerana ilmu dunia yang kita tidak usaha untuk kita miliki....kita tidak mencarinya kerana ego kita kerana tidak mahu menggunakan bahasa penjajah....

Anda tertanya kenapa Jepun bisa maju ke hadapan walaupun tidak menggenggam ijazah tertinggi dlm Bahasa Inggeris? Modal mereka banyak untuk melakukan penyelidikan sendiri.... Modal Universiti Harvard yang menjadi salah sebuah universiti terbaik di mata dunia juga banyak untuk membolehkan mereka membuat penyelidikan yang hebat-hebat.... malaysia masih lagi negara yang membangun, tidak cukup untuk megeluarkan modal sendiri untuk menjalankan penyelidikan yang hebat-hebat seperti mereka.... jadi, x salah klau kita menggunakan Bahasa Inggeris untuk mendalami ilmu daripada hasil penyelidikan mereka.... ini penting untuk kemajuan bangsa kita juga... untuk generasi yang bakal lahir.... =)

Anda hendak tahu bagaimana negara kita masih lagi memartabatkan bahasa ibunda kita? saya akan beri satu contoh di mana JPA hanya akan mengambil pelajar-pelajar yang medapat A dalam Bahasa Melayu untuk dihantar ke luar negara untuk belajar. Contohnya, sepupu saya telah mendapat 8A untuk SPM nya yang lepas... A1 untuk kimia, A2 untuk fiziknya, A2 untuk matematik tambahan nya. Tetapi kenapa die tidak terpilih untuk pergi ke luar negara oleh JPA? Jawapannya; kerana Bahasa Melayu nya B4, kawan-kawan! Kerajaan tidak akan hantar pelajar-pelajar ke luar negara kalau bahasa sendiri pun mereka tidak boleh kuasai. Pokoknya di sini, kalau anda fikirkan tiada usaha untuk memartabatkan bahasa kita, ANDA SALAH. Kalau anda fikirkan usaha kerajaan untuk menukar pelajaran ilmu hisab dan ilmu alam ke bahasa penjajah adalah tidak wajar, ANDA JUGA SALAH! Jika anda benar-benar bersikap patriotik untuk menegakkan bangsa anda sendiri,relakan anak-anak sekarang mempelajari bahasa penjajah untuk masa hadapan mereka yang lebih cerah....

saya bukan hendak mengecam komen saudara farouk dalam blognya, tetapi saya berharap saya dapat memberikan satu kesedaran kepadanya.. =) saya tahu saudara farouk telah hanyut dalam sikap patriotik nya yang mungkin terlupa akan kepentingan kemajuan bangsa. Saya pasti bukan saudara farouk sahaja yang berfikiran begitu. Ramai lagi di luar sana yang masih memprotes tindakan kerajaan untuk menukar medium bahasa pelajaran anak-anak sekarang.

Apa yang saya hendak katakan di sini adalah: buangkan rasa ego kita untuk kesejahteraan diri sendiri, agama, anak-anak yang bakal lahir dan juga bangsa MALAYSIA.....=)

Segala salah silap saya, saya meminta maaf. Saya mungkin masih lagi setahun jagung, masih lagi berusia 18 tahun tetapi saya harap pandangan saya mampu memberi manfaat kepada semua.

2 comments:

Anonymous said...

seprti ku kata..
jgn dibandingkan ikan emas dgn ikan keli. ikan emas mungkin diberi pnjgaan sempurna,jadi mereka tidak gentar pabila diletak dalam balang kaca.
bandingkan disini, ikan keli,yg hidup dalam lumpur, mahu diletakkn dalam balng kaca?!
ini mungkin membuat kmarahan pada sanak saudara sang keli..

pendek kata, ya, prubahan itu amat baik. tapi TIDAK TEPAT pada lapisan jelata!

bgaimana jika kita mahu mltakkan keli kdalam blang kaca?jawapan dia boleh!tapi perlahan2.jika dibuat dgn pnuh kjutan,ad keli yg mampu hadapi, dan ada lebih banyak keli yang melarikan diri dalam semak2 plastik balnag kaca itu!

nampakah ap yg ingin ku tolakkn.
ya, btul,bahasa itu bahasa lingua franca. ingat, lapisan pelajaran kita berulang2. apa yg kita telah belajar semasa tingkatan 4 dan 5 akan di ulang taktala kaki mnjejak zaman pra-U.

jika dilihat pada zaman kita, kita blajar segala ilmu alam dan ilmu hisab mnrusi bahsa bangsa, tapi, pabila kita masuk pra-U, kita blajr, isi dan biji yg sama, cuma dari bahsa yg berbeza. pendek kata,rumpunya telah kita dapat, cuma kita hias dgn lebih baek.

disini, kita belajar dua lapisan.
lapisan pertama, ilmu hisab semata2
lapisan kedua, bahsa ingeris.ini berlaku pada 2 lapisan yg berbeza, lapisan sekolah dan lapisan menara gading.

berbanding dgn kalam skrg, mahu tak mahu, jelata anak2 terpaksa belajar 2 benda yg sama, serentak.ini mungkin mudah bagi si jelata emas. tapi bagaimana pula si jelata keli?mampukah mereka mmntang mata2 yg ingin melihat jelata keli dari luar dunia balng kca nya?

itu yg saya mahu catakan.

ana tak mngatakan diri ana cukp smpurna, masih bnnyk cacat di dada, blum pnuh contengan di akal ku utk berbalah, tapi in saja yg termmpu ana hujahkan.

inchemohdfaroukbinmohdsaad said...

tambi.
update!~
ak ngah bosan~
copek2..